4112

Assalamualaikum,

Hari ini sebelum sis nak start topic kita, sis nak share one motivation phrase untuk readers sis, supaya korang sentiasa feeling and thinking in positive way.

๐ŸŒธ”Being nice to someone you don’t like doesn’t mean you are fake, it means you are mature enough to tolerate your dislike for them”๐ŸŒธ
๐ŸŒป(Buat baik dengan orang yang kita tidak suka, tidak bermakna kita hipokrit, itu menunjukkan kita matang untuk bertolak ansur dengan mereka yang kita tidak suka).๐ŸŒป

 

Pergaduhan antara adik beradik nie biasa je berlaku dalam family. Alaa macam kita dulu2, time kecik2 kalau kita as adik, selalu cari gaduh dengan abang/kakak kita atau kalau kita as abang/kakak, sudah semestinya adik2 kita menjadi mangsa bully kita.๐Ÿ˜ˆ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Contohnya, rebut remote controllah sebab nak tgk ultramen, sailor moon, teletubies, tarik anak patung and ngaku patung itu kita punya, padahal adik punya dan sebagainya. Comey je bile kenang kembali gaduh-gaduh antara adik beradik nie. For anak tunggal memang tak de nak cari gaduh antara adik beradik nie, tapi sis confirm korang ada gaduh dengan jiran, kawan sepermainan dan lain-lain. Bak kata orang tua, adat berkawan, kalau tak gaduh tak sah. Time gaduh je, pasti kene marah dengan ayah or ibu and semestinya kene pukul dengan penyapulah, batang paiplah or hanger untuk hentikan pergaduhan tue. Ayat nie paling famous kalau kita akak or abang, ” Kakak/Abang mengalahlah dengan adik tue, adik tue kecik lagi”. Jadi si abang and kakak akan merase terpinggir and rasa tak puas hati dengan adik. Pergaduhan akan still go on, walaupun ibu or ayah kita ckp 100 kali. Betul tak?

Tapi korang tahu tak pertengkaran semasa kanak-kanak nie adalah proses pembelajaran. Nie sis list kan antara pembelajaran yang kanak-kanak boleh pelajari:

โœจHak milikโœจ

Setiap anak ada prefernce or taste dia yang tersendiri. Permainann diaorang pon akan berlainan dengan adik beradik yang lain. Ini akan jadi masalah bila menjadi perebutan permainan. Selalunya si ibu and ayah akan belikan permainan yang sama juga untuk abang/kakak dan adiknya, untuk mengelakkan bergaduh merebut permainan. Tapi sebernarnya, lagi elok kalau belikan satu sahaja permainan and kita boleh mengajar mereka erti hak milik.
Step dia macam nie, mula2 belikan permainan, lepas tue tentukan hak milik permainan tersebut. Contohnya, anak patung itu kepunyaaan kakak, jadi adik akan merengek untuk nak juga anak patung. Time nie ibu or ayah kene kuat, dan tegaskan yang permainan tue milik kakak. Jadi sekiranya adik hendak main anak patung itu, adik mesti meminta izin dari kakak dahulu seperti ” boleh tak adik nak main anak patung kakak”. Dari sini mereka akan memahami konsep hak milik iaitu, tak boleh je ambik hak milik orang lain and mesti minta permission dari tuan punya barang. Step ini juga digunakan apabila kakak/abang nak main permainan adik. Kakak/abang mesti minta kebenaran daripada adik terlebih dahulu sebelum main permainan itu.

โœจSabar dan bertoleransiโœจ

Bila dah ajar anak comel kta nie erti hak milik, akan berlakulah sistem bergilir-gilir main. Dekat sini para ibu and ayah will play big role sebab nak kene kawal masa bermain and kene pastikan kedua-dua, adik and akak/abang boleh bermain. Tegakkan keadilan! Buat macam nie, mula-mula bagi adik main dulu, lepas 1 jam bg akak/abang pulak main. Bila kita praktiskan mereka main bergilir-gilir, anak kita akan lebih bersabar dan bertoleransi antara satu sama lain. Sis nak ckp awal2, memang besar challenge dia tapi parents kene sabar plus tabah, kan nk mengajar perlu kesabaran. In shaa Allah cahaya mata kita nie akan lebih bijak dan tangkas orangnya bila dah besar, sebab kita sudah didik mereka dari kecil nilai-nilai yang macam nie.

 

Selain itu, sis nak sharekan jugak 6 tips mudah untuk meleraikan pergaduhan antara anak2 kita:

1. Tunggu dan lihat. Jangan masuk campur lagi.
Bila anak-anak kita bergaduh, jangan masuk campur dulu, pahami apa punca pergaduha mereka. Salah jika kita terus marah mereka kerana takut ada yang tidak puas hati dan masalah itu tidak
selesai.

2. Masuk campur jika merlarat.
Bila pergasuhan itu jadi semakin besar, seperti cakar mencakar dan baling barang, segera hentikan mereka. Tanya kepada kenapa buat sedemikian? dan dengar dengan teliti luahan perasaan
mereka dengan tanpa bias dan pejudis. Bila mendengar mereka cakap, pandang mata diaorang, supaya mereka tahu yang kita serious hendak tahu perkara tersebut.

3. Tidak perlu paksa untuk segera meminta maaf.
Perkara ini sis jamin, memang selalu parent buat selepas tahu siapa yang salah. Tapi ini sis nak tanye, korang confirm ke yang anak-anak korang faham erti konsep benar dan salah? Jika
mereka betul-betul faham baru boleh teruskan sesi berdamai dan minta maaf. Tapi, kalau mereka tak faham lagi, jangan terburu-buru suruh mereka minta maaf. Terangkan kepada mereka terlebih
dahulu, kenapa perbuatan ini salah dan siapa yang salah. Jaga intonasi ketika berbicara dengan mereka. Contahnya, “adik tak boleh guna buku ini, sebab abang tengah gunakannya”. Ini
salah. Ayat yang sepatutnya, ” Jika adik nak gunakan buku ini, adik kene tunggu giliran sehingga abang habis gunakan.” Dari sini si adik akan tahu yang dia berpeluang untuk gunakan buku itu
tetapi harus bersabar menunggu giliran. Daripada mengunakan ayat pertama, ‘tak boleh gunakan’, ini menunjukkan si adik langsung tidak mempunyai chance untuk gunakkan buku itu dan pasti dia akan mula menangis.

4. Elakkan daripada memenangkan sebelah pihak sahaja.
Yang ini selalu berlaku apabila adik and kakak/abang bergaduh, ayah or ibu akan suruh kakak/abang mengalah. Jika pekara ini dipraktiskan, kakak/abang boleh hilang confident dalam diri mereka
kerana even mereka betul, tapi tetap dipersalahkan kerana perlu mengalah. Ini boleh menyebabkan mereka confuse antara right or wrong. Ibu or ayah, harus kenal pasti siapa yang salah, jika
adik yang salah, parent perlu tegur adik bukan suruh kakak/abang mengalah.

5. Bantu mereka menyelesaikan masalah
Tak semestinya sistem bergilir-gilir boleh mendamaikan mereka. Ibu bapa boleh juga bertanya kepada mereka sama ada ingin bermain bersendirian atau berkongsi. Biar anak yang buat keputusan, ini
boleh memupuk pemikiran leadership mereka dalam proses decision making. Jika mereka ingin bermain bersendirian, biarkan mereka tapi jika mereka ingin bermain bersama, mereka perlu berjanji
tidak bergaduh lagi antara satu sama lain.

6. Puji mereka apabila mendengar kata.
One research mengatakan, ‘every people in the world hunger for compliment'( setiap orang laparkan pujian). Hal ini kerana, lepas kita puji mereka, mereka akan berasa bahagia, meningkatkan
confident dan dapat memotivasikan diri. Bila kita memuji anak-anak kita, muka diaorang bercahaya bak purnama dan ini boleh memotivasikan mereka to do moreee good things. ๐Ÿ˜Ž Gunakan ayat power nie’ kalau selalu buat baik ramai orang and kwan sayang”.๐Ÿ˜˜

 

Parentalhood skrg sgt mencabar and ia sangat bergantung pada creativity parents untuk menyelesaikan masalah. Apepun, ibu bapa tak bole cepat give up ketika mengajar dan membentuk anak-anak kita untuk menjadi insan yang lebih baik.๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

Comments