Bahaya Jika Warna Najis Baby…

Assalamualaikum,

Hai mommies and daddies sume. Hari nie sis nak kongsikan dengan korang tentang najis baby (baby poop). Baby kita perlu membuang air besar sebab dari situ kita boleh tahu sama ada baby kita dalam keadaan sihat or not. Kalau baby kita tidak membuang air besar secara teratur dan kerap, ini boleh menunjukkan sistem percernaan baby ada masalah. Contohnya penyakit Hypertrophy Pyloric Stenosis yang menjejaskan saluran gastrousus baby pada umur baby 2-12 minggu. Ia membuatkan baby muntah dengan kuat dan kerap, masalah dengan berat badan baby yang tidak akan kurang atau meningkat, sembelit dan lain-lain. Antara faktornya ialah kandungan susu ibu yang tidak sihat seperti tak jaga makan ketika pantang atau salah pemilihan makanan pada baby. Jika baby kita ada symptom ini segera bawa baby ke hospital untuk dapatkan rawatan.

Berbau busuk? 💩💩 Selalunya kita boleh tengok gelagat ini oleh si ayah, bila kita minta hubby-hubby kita tukarkan lampin baby. Hahaha…😂  Busuk pon busuklah, janji baby kita sihat. Nanty kalau dia sakit and tak sihat, sedih hati nie tengok dia menangis nak2 bila baby kena masuk jarum dekat tangan. Nie sis summary kan jenis dan warna najis yang perlu parents ambil tahu.

👉Bayi baru lahir:

Baby poop (najis baby) time nie akan berubah secara drastically selepas beberapa hari dia lahir. Warna dia akan menjadi kehijauan-hitam, berlarutan, dan consistency melekit macam minyak motor. Ini menunjukkan usus tiada masalah dan perut baby dalam keadaan baik!

👉Baby yang menyusu susu ibu:

Baby poop akan berwarna mustard kuning, atau sedikit hijau dan ia consistency lembab atau creamy sikit. Ia berbentuk like biji sawi dan doh and akan mengalir seperti diarrhea. Bila susu ibu sihat, baby poop akan barbau wangi. Kalau baby poop lebih warna hijau, ini menandakan ibu ada makan sesuatu yang berbeza daripada biasa. Hebat tak baby poop boleh tahu apa ibu makan. Jika baby tiada menunjukkan apa-apa symptom, ianya okay.

👉Baby yang minum susu formula:

Apabila baby dapat minum susu formula yang sihat, baby poop dia akan berwarna kuning atau coklat teksturnya macam mentega kacang. Baby poop akan lebih besar dan berbau busuk berbanding minum susu ibu.

👉Hanya sebahagian makanan dicerna oleh baby:

Tak semua makanan boleh dicerna oleh perut baby. Ada sebahagian makanan yang tidak dicerna oleh perut baby yang ia hanya lalu sahaja didalam perut baby. Jangan terkejut bila warna baby poop lain daripada yang lain dan ada chunks of food like ada bentuk makanan dekat baby poop.

👉Warna Oren, Kuning dan Coklat:

Bila baby poop warna oren, kuning dan coklat ia menunjukkan baby kita makan healthy susu ibu dan formula milk.

👉Warna hijau:

Baby poop akan menjadi warna hijau bila ibu bapa beri anak dengan makanan yang tinggi dengan zat besi dan ketika dia berusia 4-6 bulan. Contohnya, broccoli, sawi, kacang dan lain-lain.

👉Darah hitam:

Bila baby poop ada tompokkan atau ada sedikit warna darah hitam, ia bermakna baby ada tertelan darah ketika menyusu atau punting ibu berdarah ketika susukan baby. Ini tidak menunjukkan bahaya tapi lebih elok bawa baby pergi jumpa doctor untuk dapatkan maklumat lanjut.

WARNING Sign (must check to the doctor) :-

❗Warna Putih:

Warna putih atau putih kapur menunjukkan baby tak digest makanan dengan betul. Warna putih boleh juga menunjukkan bahawa kekurangan hempedu( lack of bile) yang dihasilkan oleh hati (liver) yang berfungsi sebagai mencernakan makanan.

❗Mucus didalam baby poop:

Bila ada berlendir, warna hijau, dan macam bertali berkilau-kilau, itu bermaksud ada mucus dalam baby poop. Ini bahaya sebab menunjukkan ada infection atau jangkitan kuman.

❗Warna darah merah didalam baby poop:

Baby poop boleh berwarna merah disebabkan makan makanan yang berwarna merah seperti tomatoes dan buah-buahan. Jika warna baby poop, warna merah darah, ia boleh menunjukkan baby allergy dengan susu yang mengandungi tinggi protein, manakala darah merah dalam cirit birit menunjukkan baby ada bacterial infection.

❗Keras dan berbentuk seperti batu kecil:

Baby mungkin sembelit bila baby poop dia keras dan berbentuk seperti batu kecil. Baby boleh kene sembelit bila perkenalkan baby dengan makanan pepejal, seperti biscuit, nasi dan lain-lain. Selain itu, ia juga bole menunjukkan, baby alah or allergy dengan kacang soya atau tidak boleh sangat tolerance dengan susu formula.

❗Runny Baby Poop (cirit birit):

Cirit birit baby akan berwarna hijau atau coklat dan ia berair. Ia boleh menunjukkan ada allergy atau infection. Jika baby ada cirit birit cepat-cepat bawa baby ke hospital. Jika tidak dirawat baby bole kene dehydration (tidak cukup air).

Sis harap dengan ilmu yang sikit nie dapat bantu ibu or ayah yang dalam confuse lagi tue. “Memberi lebih baik daripada menerima”❤️❤️❤️

 

 

 

 

 

 

 

Comments