Kids 2

Rata-rata semua kanak kanak akan melalui cabaran sukar belajar membaca. Apatah lagi dengan jadual ibu bapa yang sangat sibuk
dengan urusan kerja dan rutin seharian. Tahukah anda, setiap potensi anak adalah berbeza. Yang paling penting, jangan terlalu memaksa anak anda untuk belajar membaca kerana khuatir anak anda akan cepat merasa bosan dan terus hilang minat terhadap pembacaan. Oleh itu,
pendidikan awal adalah sangat penting tetapi haruslah kena pada caranya.
Semoga tips ini bermanfaat kepada ibu bapa diluar sana, inshaaAllah.

1) Peruntukkan masa setiap hari untuk membaca pada anak.

Kajian mendapati bahawa dengan membacakan buku pada anak setiap hari boleh meningkatkan pemahaman dan menyebabkan anak cepat untuk mengingati kosa kata yang rumit. Dengan membaca, anda boleh mengasah minda kreativiti anak-anak. Tidak semestinya kita hanya boleh menceritakan cerita berbentuk fantasi sahaja. Ibu bapa juga boleh menceritakan tentang kisah-kisah Nabi dan juga membacakan aya-ayat Al-quran.

2) Bermain!

Kanak-kanak memang dilahirkan mempunyai suka bermain. Pelbagai permainan dan cara yang boleh merangsang minda kanak-kanak. Untuk peringkat awal, kenalkan anak anda dengan permainan blok. Permainan ini mempunyai pelbagai warna yang menarik dan juga boleh mencabar minda anak anda kerana ianya melibatkan pencantuman bongkah mengikut bentuk yang betul. Permainan ini boleh melatih koordinasi tangan dan mata anak anda serta meningkatkan daya ingatan anak anda.

3) Makan makanan yang berkhasiat

Makanan yang bernutrisi juga penting untuk tumbesaran anak anda. Perbanyakkan sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan yang mempunyai nutrient yang cukup untuk anak anda. Susu kambing juga boleh meningkatkan daya ingatan dan kepekaan anak anda.

4) 5 Perkataan

Apa yang dimaksudkan dengan 5 perkataan? Kajian mendapati 5 perkataan boleh diserap oleh kanak kanak yang berusia 2 tahun setiap hari! Jadi, ajarkan perkataan baru kepada si kecil and supaya mereka cepat mengingati dan petah bercakap. Jangan malas ya!

Comments