Salam ramadhan al-mubarak kepada semua para ibu bapa dan seluruh umat Islam di luar sana. Sudah sedia maklum sekarang kita sudah masuk 10 ramadhan terakhir dan apabila disebut tentang 10 malam terakhir ramai umat islam yang berebut-rebut untuk mengejar malam lailatul qadar iaitu satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadan, yang dalam Al Qur’an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Jadi, ayuh kita semua mengejar malam yang mulia di bulan yang suci ini. Peluang hanya datang setahun sekali. Jangan lengahkan masa ayuh kita rebut peluang yang ada ini dengan sebaiknya. Terdapat pelbagai yang boleh kita melakukan amal ibadat. Salah satu caranya ialah beriktikaf atau erti kata lain tinggal di masjid pada malam hari dengan melakukan amal ibadat.

Tetapi, buat mak-mak diluar sana, jangan risau. Anda boleh beribadat dengan melakukan sendiri di rumah tanpa perlu tinggal di masjid atau sebagainya. Amal ibadat ini tidak perlu di berada sesetengah tempat, tetapi ia perlu ikhlas dan redha untuk menyerahkan diri kita kepada Pencipta.

CARA-CARA QIAMULLAIL
1. Bangun pada separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu.
2. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat).
3. Lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
4. Sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

KELEBIHAN QIAMULLAIL

1. Doa mudah dimakbulkan.
2. Mendapat ketenangan jiwa.
3. Dimurahkan rezeki.
4. Dihormati masyarakat.
5. Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
6. Jika dia pemimpin akan dihormati dan disegani

Jadi apa tunggu lagi. Ayuh rebut peluang ini! Semoga amal ibadat kita di terima oleh Yang Maha Besar. Amin.

Comments