2012 10 17 R Beef Rendang

Bila sebut jamuan hari raya atau open house je, dalam fikiran terus teringat MAKANAN. Betul tak? Open house adalah satu sebab kenapa kita suka sangat Hari Raya. Dengan makanan yang sedap-sedap terhidang depan mata, ditambah lagi dengan openhouse yang kawan-kawan dan saudara mara adakan, Hari Raya akan jadi lebih meriah. Rasa macam tak sah kalau tak pergi rumah terbuka. Maklumlah, ini je masa yang paling sesuai untuk berjumpa dengan kenalan lama. Tetapi, tahukah anda, dalam kita rasa ghairah dengan pelbagai juadah, kita haruslah sentiasa kawal pemakanan yang kita ambil. Tak salah kalau nak nikmati semua hidangan tapi Lazz nak kongsikan sedikit tips untuk anda sebelum menjamah hidangan raya.

1) Rendang

Rendang merupakan masakan yang mampu bertahan sampai 3 bulan tanpa dipanaskan kembali, tanpa berubah rasa dan aroma.
Semakin lama disimpan maka akan semakin enak rasanya. Rendang daging tidak lah terlalu mempengaruhi kadar protein dan beberapa jenis mineral dan vitamin. Beberapa mineral atau vitamin boleh meningkat disebabkan oleh penggunaan rempah-rempah yang dianggap banyak kebaikannya. Kita ketahui bahawa protein merupakan komponen dari kimia yang terpenting yang terkandung di dalam rendang.
Tetapi pengambilan rendang daging ni hendaklah dikawal kerana rendang banyak memiliki kandungan gizi. Jika terlalu banyak mengkonsumsi daging rendang dapat mengundang banyak kolestrol ke dalam tubuh kita khususnya bagi mereka yang jarang melakukan aktiviti fizikal. Kolestrol yang berasal dari santan dan daging yang berlebihan tidak baik untuk kesehatan.

2) Lemang

Lemang merupakan makanan tradisi dan sangat popular lagi-lagi masa hari raya. Lemang sering dihidangkan bersama rendang dan serunding. Sunnguhpun santan mengandungi santan, santan mengandungi kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Tetapi anda perlu kawal pengambilan lemang kerana
lemang mempunyai kalori yang tinggi.

3) Pewarna

Minuman yang mempunyai bahan pewarna sering dihidangkan di jamuan ataupun open house raya. Bahan pewarna sememangnya tidak elok untuk kesihatan tubuh badan. Seharusnya dielakkan dari mengambil makanan, minuman, dan gula gula yang mempunyai bahan pewarna kerana tidak mempunyai sebarang khasiat. Kajian dari Agensi Piawaian Makanan Britain (FSA) mendapati bahawa bahan pewarna dalam makanan dan minuman boleh menyebabkan alahan, lelah dan ruam. Tambahan pula minuman yang mempunyai bahan pewarna semestinya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Gula berlebihan tidak elok untuk kesihatan jadi anda seharusnya kawal pengambilan gula dan banyakkan minum air suam.

Jadi kita seharusnya lebih tahu dan lebih bijak untuk mengawal kadar makanan yang diambil lagi lagi semasa jamuan hari raya agar dapat banyak manfaat daripada bahaya. Ambil tahu tentang kandungan dalam makanan dan pengaruhnya terhadap kesihatan untuk kekal sihat.

Comments