Jangan Salah Bancuh Susu Anak! BAHAYA (2)

Khamis, 8.00 A.M.

Mama: kak long tolong bancuhkan susu baby…

Kak long: ok mama…

1.00 P.M.

Mama: bang chik tolong buat susu baby…

Bang Chik: ok mama, tp bagi bang chik 10 saat jap, tengah bertarung dengan Moster nie.

Mama: Karang 10 saat tue dah jadi macam 10 hari, cepat bang chik baby dah nangis tue!

Bang chik: Ok mama…

7.00 P.M.

Abang ngah: Mama baby dah melalak tue, bisinglah.  Abang ngah gi buat susu dia ye…

Mama: Ok, tq sayang, mama sibuk nie, masak untuk makan malam nanti papa nak balik rumah.

Assalamualaikum and good day everyone!

Ceria tak sis hari ini. Sis hari ini sangat happy sebab dalam minggu nie syarikat sis, Lazz Susu Kambing akan terlibat dengan exhibition dekat Mid Velly, KL and namanya, ‘Baby Expo’. Masa and tarikh dia: 29-30 July 2017, Saturday and Sunday. Sis nak ajaklah semua, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, para ibu and ayah dan semua generasilah katakan untuk datang ke booth kami yang cantik, menarik dan lagi berinformasi.  Nie sis sharekan poster dia:

Ok, back to topic kita pada hari ini. Dah baca cerita selingan kat atas? Of course dah kan, angguk sikit kepala, ok cantik!. Formulated milk atau susu tepung formula ini sangat penting bagi baby or kanak-kanak. Ini kerana, susu formula ini, berfungsi sebagai makanan kepada si manja kita dan membekalkan banyak nutrisi-nutrisi yang penting didalam proses perkembangan anak kita. Contohnya, DHA, vitamain D, Iron, Calcium dan lain-lain lagi. Kalau nak sebut satu-satu panjang sangat. Hahaha. Jadi bancuhan susu formula mestilah betul mengikut sukatan yang diberikan and make sure caranya jugak betul. Hal ini kerana, jika kita salah bancuh susu itu, ia boleh jeoperdize atau membahayakan baby comel kita. 😟😟😟

Antaranya:

🙅 Kekurangan amount susu yang dibancuhkan boleh menyebabkan berat badan baby tak meningkat dan mudah si comel jatuh sakit.

🙅 Menyebabkan obesiti atau dapat penyakit kronik seperti diabetis jika susu formulanya terlalu pekat dan manis.

🙅 Buah pingang baby pun boleh turut rosak.

Jadi, sangat bahaya kalau kita salah bancuh susu formula nie. Sis ada satu cerita nak share kat korang semua. Kawan sis punya anak dah ada diabetes time dia umur 2 tahun lagi. Mula-mual kawan sis nie pelik dan ajaib dengan perangai anak dia. Anak dia nie terlalu-lalu hyperactive and  selalu gatal pada tempat yang sama, sampai tempat gatal tue jadi macam mengelupas and beruam. Jadi kawan sis gi lah check dekat doktor and doctor said, your child ada diabetes. Terkejut macam beruk kawan sis dengar. Yelah mana taknye, baru umur 2 tahun dah ada sakit kronik. Dia tanya doktor tue apa sebab anak dia dapat penyakit tue and doktor cakap antara faktornya ialah salah bancuh susu formula. Kawan sis nie young mommy, sebab umur die baru 22 tahun. Jadi dia nie main taram je bancuh susu bayi dia, tanpa usul perikse and tak bertanya kepada yang pakar. Dia memang suka and fell in love dengan bancuh susu pekat-pekat. Sebab bak kata dia, lagi pekat susu, lagi banyak khasiat. Statement nie salah. Jangan sesekali dipraktikkan and kepada my dear readers, jangan buat macam nie ye bahaya. ⚠️⚠️⚠️

 

Ada 6 step mudah hari nie sis nak sharekan dekat korang. 😉  Nie adalah hasil  dari sis tanya kawan sis, doctor sakit puan and pembacaan sis.

  1. Tuangkan air. Pastikan air nie  telah dimasak or air mineral yang diyakini bersih and bukan air panas yang baru mengelegak tue tau.
  2. Baru ambik air panas dan tuangkan sedikit demi sedikit dalam botol tue supaya air yang tadi jadi suam.
  3. Untuk sukat air masak or mineral nie adalah disarankan 5 oz and air panas 1 oz sahaja.
  4.  Scoopkan susu formula pujaan hati ke dalam botal susu mengikut sukatan yang telah disediakan. Selalunya, sukatan nie ada kat belakng kotak or tin susu baby.
  5. Next, tutupkan botul susu tue dengan penutup botol susu bukan dengan tutup botol air mineral, tudung salji ke or seangkatan dengan dia. (Sis gurau…😄) Goncangkan botol susu sampai susu betul-betul larut.
  6. Finally, uji kepanasan susu dengan titiskan susu itu diatas pergelangan tangan dekat area nadi. Dah jadi macm saintis tak? Huhuhu. Kalau masih panas biarkan dia sejuk sedikit dulu, then baru bagi dekat baby. Kalau bagi panas-panas tue kat baby, melecur bibir and mulut dia, kesian baby.

❤️ Sis harap, kepada ibu-ibu yang rasa macam salah je cara bancuh susu tue, cepat-cepat ubah ye my dear. Sebab prevention is better than cure. Kita kene cegah supaya baby kesayangan and buah hati kita nie sihat, comel and ceria setiap masa.

 

 

 

Comments