Dalam Keluarga Aku Nie, Semua Pandai Pandai, Tapi Sampai Je Kahwin Dengan Kau, Yang Tak Pandai Sangat Nie, Dapat Kat Aku Anak Yang Bodoh

Ibu: Abang tolong pegang jap Af nie, sayang nak gi dapur jap…

Ayah: Ok, bak sini Af tue…

Af: ah..nak…..uuu…uuu..sss….

Ayah: Af nak pe? ayah tak paham…

Af: nak…..sss…..uuuu….ssss…waaaaaaa!

Ayah: Alamak dah merengek dh dia nie… Af nak pe? jangan nangis…

Af: wawawawawa…..sss……uuu…….

Ayah: adoi geramnye, dahlah tak paham dia ckap pe, dh besar pon tak pandai cakap, hish… Senyap Af nanti ayah marah kang…

Af: wawawawa……….

Assalamualaikum,

Sis naklah tnye, ada tak korang as parent or bukan parent pon rase benda yang sama macam ayah Af kat atas. Rase geram and macam nak je marah anak kita or budak-budak yang tak pandai cakap nie.  Sampai kadang-kadang termarah, terpukul, terherdik dan semue ‘ter’lah dekat budak tue, kesian diaorang 😢😢😢.

Sis nasihatkan jangan buat macm nie kat budak-budak or anak kita. Ia sangat tak baik untuk proses tumbesaran mereka, Possibility things would be happen kalau korang buat macam tue, anak tue boleh ade depression, anxiety, antisocial, senang kene buli dan lain-lain. First things to do, kalau benda nie berlaku siasat dulu, means tanya doktor buat consultant, jangan main tembak and buat opinion sendiri. Macam ada satu case cerai dekat Mahkamah Syariah. Case dia tentang seorang suami nak ceraikan isteri dia sebab isteri dia lahirkan anak tak pandai cakap, bukan bisu tapi tergagap and tak pandai sebut perkataan. Statemment suami dia macam nie, “dalam keluarga aku nie, semua pandai-pandai, tapi sampai je kahwin dengan kau, yang tak pandai sangat nie, dapat kat aku anak yang bodoh”. Fuh sentap sis baca cite tue and sis ckp dalam hati, kalau nak cerai sangat pon, tak yahlah nak hina isteri awak tue abang oi and sepatunya bersyukur Allah beri kau anak dari tak de anak langsung.😡

Ok, mari kita rungkaikan bersama, apa pasal anak ceria kita jadi macam nie, lambat sangat dia nak bercakap. Sis ada buat bacaan tentang masalah nie. DELAYED SPEECH atau dikenali sebagai lambat bercakap. Delayed speech nie berlaku apabila, anak kita nie tak bisu, ada je suara tapi lambat nak buat satu ayat, lambat nak respond atau give back the vocabulary. Nie sis bagi fakta tentang perkembangan komunikasi mengikut usia. Sumber dari ‘Malaysia Psychology Centre’:

Sebelum 12 bulan

  • Selalunya, baby time nie, dia akan ikut rythms or rentak  apa yang orang cakap dengan dye. Dia akan keluar suara macam ‘aaieee’,’boooo’ and ‘ahhhh’ dengan irama dan bunyi yang kuat nyaring. Kan kalau kita main dengan baby time nie, selalu je dyeorg cakap ‘ahhhhh’, ‘eeeiaeee’. comey 😘

Dari 1-2 Tahun

  • Kanak-kanak time usia nie dia dah pandai ajuk cakap family dia. Approximately, macam 2 perkataan untuk satu ayat. Contohnya, ‘nak susu’, ‘sayang ayah’ dan ‘ibu senyum’

Dari 3-4 Tahun

  • Kanak-kanak aktif time nie, dah pandai sangat bercerita and boleh sebut 1,000 words per day. For instant, anak kita cerita apa yang dia main tadi kat luar, apa yang dia buat kat sekolah dan lain-lain.

Jadi, kalau buah hati kita nie tak selari dengan perkembangan diatas, dia mungkin ada masalah delayed speech. Tapi delay speech nie bukan satu penyakit dan ia boleh sembuh. Don’t worry! Nielah niat sebenar sis menulis hari nie. Sis nak sharekan kat korang antara tips or methods yang boleh digunakan untuk bantu anak kita nie bercakap seperti biasa and boleh lah kita bertarung mulut dengan dia. 😂😂😂

8 TIPS MUDAH untuk therapy delayed speech:

1. Wujudkan persekitaran yang riuh dengan perkataan.
Maksud dia macam nie, selalukan ibu, ayah or others family member bercakap dengan dia. Jangan senyap je bile jumpe dia, mentang-mentang dia tak pandai cakap.  Bercakap dengan dia sekurang-kurangnya 2-3 patah perkataan. Contoh, ‘sayang papa’,  jom main’,  ‘nak makan’ dan lain-lain

2. Guna perkataan yang simple dan mudah.
Bila kita nak mengajar anak kita bercakap tok sohlah (maksudnya tak yahlah) nak gune perkataan advance and complicated sangat macam ‘permainan”playground’. Nanti terbelit-belit dia nak menyebut. Contoh perkataan ‘baca’, ‘kakak’, ‘jalan’ dan lain2.

3. Tanya soalan balik dekat anak.
Lepas kita dah ajar dia bercakap, tanya dia balik, untuk bagi anak kita generate perkataan yang dia baru belajar. Contohnya ‘nak makan?’, ‘nak susu’, ‘nak apa?’ dan lain2

4. Main permainan’ Didi cakap apa’
Permainan nie sis tukar sikit sebab ‘Didi and Friends’ kan famous dekat Malaysia and menjadi kegilaan ramai kanak-kanak di Malaysia termasuk ibunya sekali. Dah sampai hafallah liriknya. 😆😆😆Game dia macam nie, ibu atau ayah cakap kat anak “Didi cakap… pegang hidung!” sambil tunjuk hidung dekat anak kita. Pastikan buat nie dengan excited tau untuk tarik attention dari anak kita. Boleh je tukar dengan benda lain macam  ” Didi cakap… ambil buku” berlarilah bersama-sama dengan anak kita mengambil buku.🏃🏃

5. Ajar anak kita bermain dan mengunakan straw setiap hari.
Ini kerana ia boleh exercisekan facial dan jaw (rahang mulut) dekat muka anak kita. Suruh anak kita tue minum gunakan straw. kalau dia tak berminat denga straw yang lurus tue, bagi dia guna straw ‘silly straw’ yang macam curly, wavey straw yang berbentuk bentuk tue. Selain untuk minum boleh ajak anak kita main tiup cotton dengan mengunakan straw. Biar banyak kali facial and jaw dia berexercise untuk senang dia sebut perkataan.

6. Gunakan pergerakan tangan dan jari.
Bila kita sebut sesuatu dekat anak kita, guna cari kita tunjuk dekat mana benda yang kita sebut dan buat movement yang menunjukkan perkara yang kita sebut. Contohnya, hidung, tunjukkan hidung kita and hidung anak kita bila bercakap dengan dia. Selain itu, berlari, kita tunjukkan kepada dia macam mana orang berlari dan ajal sekali dia berlari. Ini boleh mempercepatkanlagi proses ingatan dia.

7. Buat ‘eye contact’ bila cakap dengan dia.
Ini penting, sebab menunjukkan kita beri perhatian sepenuhnya dekat anak kita, dan boleh pastikan anak kita focus dan paham apa yang kita cuba sampaikan. Tambahan pula ia boleh meningkatkan daya pendengaran anak kita. Situasi dia senang je, contohnya ‘orang yang rabun jauh, kalau buka spec mata and kita cakap dengan dia jauh dari dia, dia tak akan dengar sangat unless dia pakai cermin mata. Cakap dengan dia 3 batu pon bole dengar.

8. Puji Anak Kita
Nie paling penting my lovely readers. Selepas anak kita berjaya sebut and praktikkan apa yang dia belajar, puji dia dan reward supaya ia boleh jadi motivator untuk anak tue belajar dan lebih confident untuk bercakap.

❤️ Sis harap sangat2 dengan sedikit information yang sis kongsikan nie, boleh membantu para ibu bapa yang hadapi masalah yang sama. Jangan give up, sentiasa berusaha dan bertawakaal. Ini kerana, janji Allah, siapa yang berusaha, dia akan berjaya…😄😄😄

Comments