Osteoporosis

Osteoporosis adalah satu penyakit tulang reput yang boleh mengakibatkan risiko patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut hilang ketumpatannya, kurang bone mass density (BMD) dan kurang kualiti dari segi kalsium. BMD sering berlaku maksimum pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos).

Kehilangan nutrisi tulang boleh menyebabkan sendi terasa nyeri sehingga mengakibatkan bengkak. Jika semakin parah, penyakit ini boleh menyebabkan tulang patah sehingga tulang tidak dapat berfungsi lagi. Gejala yang paling mudah dirasakan para penderita osteoporosis adalah ketika melakukan aktiviti turun tangga, mengangkat barang berat dan ada tekanannya pada tulang.

Pada awalnya, gejala osteoporosis ini seperti adanya tekanan pada tulang tetapi tidak terasa nyeri. Gejala ini akan terus terjadi hingga akhirnya tulang menjadi patah dan terasa sangat nyeri. Proses osteoporosis ini biasanya terjadi pada usia 30 tahun keatas.
Di Malaysia, sekurang-kurangnya 1 dalam 3 orang rakyat berisiko tinggi mendapat osteoporosis. Juga didapati bahawa sekurang-kurangnya separuh atau 50% daripada wanita berumur 50 tahun ke atas mengalami patah tulang disebabkan osteoporosis di mana kaum Cina yang paling tinggi diikuti kaum Melayu dan India.

FAKTOR PENYEBAB OSTEOPOROSIS :

1.Umur yang meningkat

2.Menopause sebelum masanya iaitu umur kurang dari 45 tahun termasuk menopause disebabkan pembedahan rahim dan ovari

3. Saiz badan yang sediakala kecil

4. Keturunan : Sejarah ahli keluarga seperti ibu, ayah dan adik beradik yang pernah mengalami osteoporosis.

5. Rendah Pengambilan kalsium dan Vitamin D : Masyarakat Malaysia kurang minum susu

6. Kurang senaman 

7. Merokok berlebihan

8. Mengambil caffeine berlebihan

9. BMI yang rendah iaitu kurang dari 19 kg/m2
( BMI= Berat (kg) / tinggi(m) x tinggi (m)

10. Kekurangan hormon oestrogen

11. Makan makanan yang terlalu asidik

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN :
1)Pengambilan Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi
2) Dicadangkan agar mengamalkan susu kambing lazz asli kerana susu kambing lazz mengandungi kalsium yang tinggi dan tidak mengandungi sebarang gula. Sangat sesuai diambil oleh semua golongan.
3) Lazzcafe sesuai diambil oleh penggemar kopi tetapi kandungan caffeine di dalam lazzcafe hanyalah sedikit.
4) Tingkatkan berat badan bagi wanita yang BMI kurang dari 19 kg/m2
5) Tingkatkan senaman “weight bearing” atau aktiviti fizikal tetapi jangan keterlaluan
 seeloknya 3-4 kali seminggu untuk 20-30 minit setiap kali untuk mengekalkan keseimbangan hormon.

Comments