Time Lihat Ibu Pakai Tiub Kat Leher, Memeng Sedih And Sayu, Rase Macam Sakit And Terseksa Ibu Nak Makan

Assalamualaikum,
Pada hari ini, sis nak share pengalaman sis menjaga ibu sis yang buat dialysis. Ibu sis sudah ada kidney failure pada 6 tahun yang lalu dan sejak itu juga dia pergi cuci buah pinggang di pusat dialysis 3 kali seminggu. Organisasi ini private bukan public or government punya. Ini disebabkan, tempat sis tiada pusat dialysis government yang berdekatan and yang paling dekat pon mengambil masa 30 minit untuk sampai. So, disebabkan tiada yang berdekatan, ibu sis pilihlah pusat dialysis yang paling dekat dengan rumah sis supaya senang nak pergi dan balik.

Mula-mula ibu sis dikenalpasti yang kidney dia gagal berfungsi sewaktu dia admitted dekat ward. In one night, ibu sis sesak nafas, and time tue sis tengah belajar. Actually at that day, sis memang dah rase tak sedap hati sebab from the morning, ibu sis muntah-muntah, batuk and asyik baring je atas katil. Ibu sis nie lincah orangnye, tapi bile dia asyik baring je, sis pasti mesti ada something wrong somewhere. Panic habis sis time ibu sis sesak nafas and immediately call ayah sis suruh hantar ibu gi hospital. Ayah sis time tue kerje overtime. We arrive at hospital at 12.30 A.M. and ibu dimasukkan zon merah. Zon merah!? memang macam nak tercabut jantung nie, bile dengar ibu kene masuk zon merah. Sebab apa yang sis tahu, zon merah nie untuk patient yang sangat kritikal. Ibu dimasukkan zon merah sebab oksigen dalam badan ibu sangat sedikit dan boleh meragut nyawa. Doktor bagitahu, yang air dah penuh dekat paru-paru and sebab itu ibu sis sesak nafas. Doktor suspek kidney ibu sis dah rosak sebab previous medical checkup, there are no infection dekat paru-paru ibu. Doktor tebuk tepi kanan dada untuk buang air. Lepas 1 minggu, barulah semua air dikeluarkan dari paru-paru and doctor start check kidney ibu. Yes, the assumption from the doctor is right, ibu punya kidney dah rosak.😟😟😟Doktor ada tambah, jika buah pinggang dah rosak sangat bahaya sebab ia boleh mengundang penyakit pada paru-paru, jantung dan hati. Kalau tak dijaga dengan baik boleh mengundang maut.

First treatment ibu kene buat ialah tebuk dekat leher untuk cuci darah. That place is for temporary only, sebab ibu kene buat tapak dekat tangan untuk permenant place cuci darah. Time lihat ibu pakai tiub kat leher, memang sedih and sayu, rase macam sakit dan terseksa ibu nak makan. Lagi macam nak nangis bila tengok cuci darah, banyak wayar kene letak dekat tiub tue. Waktu nie, ibu mesti dijaga dengan sangat berhati-hati supaya tempat tiub tue tidak dijangkiti kuman, kalau ada infection, it will getting worse, nasihat dari doctor.

Nak buat tapak dekat tangan tue bukan murah, mahal. It incurred cost RM 5,000. Fuh memang mengeletar tangan dan kaki dengar,nak pulak keluarga sis nie bukan kaya-kaya punya orang. Nak katakan time nie kurus sis dibuatnya, sebab nk kene cut many cost. Sis selalunya dahulukan adik-adik sis yang kecik nie makan and penuhkan keperluan harian mereka. Sis tak selalu minta duit dari ayah sebab faham situasi dia. Memang Allah tue Maha pengasih dan penyayang. Allah bantu dengan hantarkan adik ibu sis bantu bayar semua cost pembelanjaan ibu termasuk buat tapak. Alhamdulillah 😇 ibu sis dapat buat tapak dekat Hospital Pantai.


Rasa terseksanya dekat ibu sis bila dia kena berpantang. 😢 Especially, quantity air minumam. Tahu tak ibu sis hanya dibenarkan minum air sehari 500 ml sahaja and memamg tak cukuplah dengan cuaca panas dekat Malaysia. Selalunya nak hilangkan haus, ibu akan kemam air batu. Ini sebab air batu sejuk and quantity airnya sedikit. Paling sedih ibu sis tak boleh nak makan kacang, makanan favourite dia. Ibu selalu makan kacang cap tangan, nak katakan tiap-tiap minggu makan. Tapi untuk orang yang dialysis makanan seperti kacang or phosphate nie tidak boleh ambik sebab boleh menyebabkan darah tersekat ketika cuci. Disebabkan ibu tak boleh makan, so kitaorang sekeluarga pon tak makan kacang juga sebab nak support ibu, kalau makan pon diam-diam tak nak bagi ibu kepunan. 🤤 Tapi sis nie degil sikit, sebab kesian dan sayang sangat ibu ❤️, bagi juga 6-7 ulas kacang kat ibu untuk makan. Ibu sis nie vegetarian and dia tak suka makan daging include daging ayam. Sayur pon tak semua ibu boleh makan after kene dialysis nie macam sayur bayam, sawi hijau dan lain-lain yang kandungan potassium yang tinggi.


Pada satu hari sis ada tanya ibu, time ibu dialysis apa yang paling ibu tak suka or sakit? 😣😣 Ibu cakap time jarum nak masuk dekat tapak. Memang sakit nak2 time nurse tue tak pandai nak cari urat. Nurse tue akan corok 3-4 kali, godek sana sini pada tempat yang sama sampai bengkak dan keras tempat tapak tue and ibu cakap memang sangat sakit. Selain itu, pening selepas cuci darah. Ibu sis akan pening sangat sampai tak boleh nak berjalan lepas cuci darah dan selalunya akan okey pada esok hari. Perkara yang ibu tak suka ialah campurkan ubat calcium dalam makanan. Ubat nie wrna pink and rasenya adui2, pahit. Ubat nie kadang2 buat ibu sis tak de selera makan. Ubat ini kene tumbuk sampai hancur and gaulkan dengan nasi atau makanan lain. Lastly, tempoh cuci darah ialah 4 jam. Ibu cakap 4 jam cuci darah tue lama dan badan akan rasa penat sangat2.

Jadi buah pinggang ini antara kurniaan Allah yang paling berharga. Kita mesti jaga ia dengan baik. Ambil langkah berjaga-jaga sekarang untuk elak padah di kemudian hari.

Sis sharakan 7 pantang larang untuk orang dialysis:
1)Kawal pengambilan air. Pastikan air yang diambil hanya 500 ml sehari. Kalau nak senang sukat, guna air botol mineral 500 ml tue boleh guna untuk sukat air.
2)Tidak boleh ambil makanan yang tinggi protein seperti soya, kacang, daging (daging ayam dibenarkan) dan produk tenusu.
3)Melakukan kerja-kerja berat. Ini disebabkan bila mereka dialysis banyak nutrisi-nutrisi disingkirkan jadi badan mereka akan menjadi lemah dan kurang bertenaga. Banyakkan bagi vitamin.
4)Kawal pengambilan garam. Garam tersembunyi juga boleh didapati didalam bahan perasa, ikan bilis, keju dan lain-lain.
5)Kurangkan pengambilan sayur-sayuran yang tinggi potassium sperti, bayam, ubi keledek, petai, sawi hijau dan lain-lain.
6)Kawal pengambilan makanan fosfate seperti bawang putih, almond, biji labu, mee segera, roti canai, kuah dal dan lain-lain. Boleh bagi air minuman yang kurang kandungan fosfate seperti teh cina, air tebu, sirap ros.
7)Makan tepat pada waktu. Untuk pesakit dialysis, makan pada tepat waktu sangat penting sebab buah pingang tidak lagi berfungsi dan membekalkan tenaga ktika dialysis.

Comments