12

Tepat jam 2.00 P.M. (lepas 2 jam lahirkan baby)
Aku buka mata and rasa sakit amat terlampau kat bawah perut aku nie. Pedih yang teramat sampai aku terus bangun dan duduk atas katil hospital.
“Awwwwwwww… adoi adoi, pedih sampai air mata aku keluar sebab tahan sakit”.
“Abang oh abang”.Aku panggil suami aku banyak kali and berdesup suami aku masuk tengok keadaan aku. Doktor pon masuk sekali untuk bagi aku injection, ubat tahan sakit.

Assalamualaikum,

Hari nie sis bukan nak cite pasal kesedihan or kesakitan. Situasi diatas nie salah satu pengalaman yang dialami oleh mostly ibu yang lahirkan baby diaorang secara Ceaserean or C-Section. Banyak jugaklah dengar cerita ibu yang lahirkan baby secara ceaseran nie memang tabah and kuat dari segi mental and fizikal, terumatanya after several hours delivery the baby. Good work Mommy! Yelah sebab time tue dos ubat tahan sakit dah habis. Mak Cik sis ada cite yang dia terus berdiri selepas dia sedar dari bius sebab sakit sangat. Dia beritahu yang itu first time dia buat c-section and dia terkejut dengan kesakitan yang dia alami. Sis ketawa dengar dia cerita tapi bile kenangkan sakit yang dia bear after surgery tue memang nyeri. Tambahan pula, baby yang lahir secara c-section nie senang ada masalah penafasan (breathing problem) macam asthma after lahir and ada posibility untuk kekal pun ada. Macam adik ketiga and keempat sis lahir secara ceaseran. Diaorang ada asthma lepas lahir and kekal sampai sekarang. Kesian tengok diaorang bile penat or lelah je, senang kene asthma and kene pergi klinik untuk masuk gas. 🙁

So sis tertanye-tanye jugak, boleh ke tak after ceaseran lahir secara normal? Sebab bile sis tengok society kita, after the first baby lahir secara Cesarean, the next baby also akan lahir secara c-section. Jadi sis buatlah pembacaan tentang Cesarean nie. Actually boleh je, para ibu lahir secara normal after c-surgery and ia dikenali sebagai Trial of Labor After Cesarean (TOLAC. Tapi, dia ada beberapa syarat yang si ibu kene patuhi. Meh sini sis sharekan antara syarat-syaratnya or faktor yang membuatkan TOLAC berjaya dilakukan 😉

Requirement untuk Trial of Labor After Caeserean (TOLAC):

1) Jarak kelahiran baby pertama and kedua sekurang-kurangnya 2 tahun. Hal ini kerana, untuk meningkatkan lagi success TOLAC sebanyak 60% dan keatas.
2) Baby position or kedudukan bayi ialah kepalanya dibawah atau senang cerita kedudukan baby little cute dalam keadaan bersujud.
3) Berat baby mesti kurang daripda 3.5 kg, nanti baru senang nak delevery.
4) Make sure it is not the twin baby tau, kalau pregnant twin baby, doctor akan sarankan buat ceaaserean sebab tak nak tempat jahit ceaserean yang dulu terbuka balik.

5) Kuantiti air ketuban tidak terlalu banyak or sedikit.
6)) Pastikan kekasih hati para suami iaitu ibunya dalam keadaaan sihat dan jauh dari sakit yang kronik like sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain.
7) Yang ini paling penting, pastikan hospital untuk delivery the baby ada bilik pembedahan. Sebab takut, kalau berlaku ada apa-apa kecemasan and the mommy perlu lakukan
c-section. Sis harap sangat yang nie x berlaku kepada si ibu. Amin…

Tapi apa-apa pun kepada lovely parent, si ayah and ibu harus dapatkan nasihat doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Comments