Baby Kene Kuat Tau,ibu Tak Kuat Bila Tengok Baby Macam Nie,kuat Tau Sayang, Jangan Tinggalkan Ibu…

Assalamualaikum semua.

Pagi tadi sis baru sajee baca satu nukilan dari group wassup tentang “seorang ibu melarang semua ibu di dunia mencium bayi yang baru lahir.”

Mula2 sis baca tajuk ini, sis pelik, ibu nie meroyan ke?, sayang sangat dekat bayi dia ke? protective terlebih ke? rupa-rupanya….

*****

…” dulu aku dikenali sebagai “aunty kisses”. Maksudnya, aku nie gila mencium bayi.

Pantang jumpa bayi, siaplah, aku akan cium sampai puas. Geram sangat2.

Tak kisahlah, baby kawan aku, relatives aku, famili aku, semua aku kebas.

Anak first aku pon, aku buat macam tue.

Tak boleh tahan, bangun pagi jee, cari baby dulu,

cium mulut dia, pipi dia, dahi dia dan tangan dia…

kadang-kadang merengek juga dia, rimas,

suami aku….. apa lagi, no. 2, sorry ye bang…

Nak tidur pon aku buat yang sama…

Sampai suami aku cakap, ‘dah-dah lah tuee, lemas baby tue, abang tengok…’ dan dia ambik baby tue dari aku.

jeles ke bang?

jangan jeles, tak boleh nak elak…..😘😘😘

Pada suatu malam, baby aku demam panas 38.6 C dan penafasan dia cepat.

Terus hantar baby ke hospital.

Doktor diagnose, baby ada MENINGITIS!

dan baby dalam keadaan tenat.

Aku ada perasan yang baby aku, demam.

Aku ingatkan demam biase jee, jadi aku tuam dia dengan air panas dan air kelapa…

Aku tak sangka, migningtis rupanya.

macam2 aku fikir,

nak gila dibuatnya,

dia akan kehilangan angota badan?

akan ada kecatatan pada otak?

atau akan kehilangan dia?

A..ku… aku tak boleh kehilangan dia

Sayang…

sayang kene kuat tau,

ibu tak kuat tengok sayang macam nie…”

aku cakap dekat baby sambil cium tangan dia yang ada IV.

Aku jumpa doktor dan tanya,

bagaimana mungkin baby aku ada meningitis,

baby baru 15 minggu,

kecil lagi,

baru nak tengok dunia,

tak pandai cakap lagi..

Doktor beritahu,

baby dijangkiti kuman oleh orang yang sentuh dia atau mencium dia…

Terdiam aku…

Aku tersangat mengharapkan kesembuhan dia,

aku tahu dia kuat,

dan aku percaya dia akan sihat.

TAPI tuhan lagi sayangkan dia.

 

Pada 5 June 2017, Isnin, tepat pada jam 7.45 a.m.

dia pergi,

membawa…

senyumannya,

tawanya,

suaranya,

manjanya,

dan kenakalannya.

pergilah sayang, ibu redha…

*****

Bila sis baca nukilan nie, sebak rasanya.. 😢😢😢 Seorang ibu sangat penyayang, telah kehilangan baby yang dia cintai dari lubuk hati dia. Dia ada cerita, kadang2 dia tercari- cari 👀baby dia bila bangun pagi atau nak tidur. Tapi, bila sis tanya personal pada dia, sis tahu dia sangat kuat. Dia sudah redha dengan pemergian baby dia. Kerana ketabahan dia, Allah beri pengganti dengan adanya baby kedua🤰. Bila dia nampak orang nak cium-cium baby baru lahir, dia akan jadi tegas 😠 walaupun itu bukan anak dia.

Sis hari ini bukan nak cerita sedih2. Sis nak bagi wake up call or peringatan pada korang semua. Termasuklah, mummy, papa, kakak, adik, abang, opah dan lain-lain.👨‍👨‍👦👨‍👨‍👧‍👦  Kita kadang-kadang tak tahu yang perbuatan biasa-biasa boleh membahayakan baby. Yelah, cuba tengok cerita kat atas, it is just ‘innocent kiss’ hanya cium menunjukkan kasih sayang, tapi boleh membawa bahaya pada baby.

Jadi sis nak kongsi sedikit apa itu meningtis dari pembacaan article Meningtis Now Organisation.

Apa itu meningitis?

Meningtis ialah radang pada selaput yang melindungi otak dan tulang belakang. Penyakit ini boleh berlaku bila cecair pada otak dan sum sum tulang belakang telah dijangkiti virus atau bakteria. Penyakit ini boleh attack sesiapa sahaja dan tidak mengira usia. Secara umunya, baby dan kanak-kanak senang dapat meningtis. Antara virus yang menyebabkan meningtis pada bayi ialah Group B Streptococcus, Streptococcus pneumoniae, Listeria monocytogenes, Escherichia coli. Meningitis boleh berjangkit melalui udara dan sentuhan. Meningitis ini sangat bahaya kerana ia boleh meragut nyawa dalam 30 minit sahaja jika tidak dirawat dengan sempurna. Bukan itu sahaja ia juga boleh menyebabkan kerosakkan pada otak untuk permeanant effect.

 

Antara tanda-tanda meningitis pada baby:

  • demam, tangan dan kaki yang sejuk🤒
  • kurang selesa😕
  • bernafas cepat atau mengerang
  • menangis tidak seperti biasa, mengeluh
  • tidak suka cahaya, tau tempat yang terang
  • tiada selera makan dan muntah
  • lemah dan bila tidur sukar untuk kejutkan.
  • pucat dan ruam-ruam merah pada kulit.

 

 

 

Mommy dan daddy, alert ye, dengan simptom-simptom dekat atas. Bila ada je simptom-simptom tue, terus jumpa dengan doktor, jangan tangguh!

Cara untuk mencegah meningitis:

1.Tak boleh share2.🙅

Kepada orang yang sakit atau orang yang dewasa, jangan sesekali dekati baby. No,no,no…

Jangan bersin atau batuk depan baby.

Mommy and daddy, jangan bagi baby tercinta, share sudu atau straw dengan orang yang sakit.

Niee penting, jangan nak cium-cium atau sentuh baby jika tidak sihat. Sabar, tunggu sampai sihat baru boleh cium baby.

2. Boostkan immune badan baby.💪🏻

Bagi mommy-mommy yang comey lagi penyayang, lebihkan bresatfeeding dari beri susu formula. Sebab, susu ibu boleh menguatkan lagi immune badan baby. Sis sangat sarankan minum susu kambing ketika menyusu. Selain dapat boostkan susu ibu, susu kambing juga boleh menguatkan immune system dalam badan. Dalam suatu kajian ada menunjukkan, susu kambing mengandungi khasiat yang sama seperti susu ibu (ASI) berbanding dengan susu lembu. Untuk baby, tidak digalakkan terus minum susu kambing. Kalau nak bagi khasiat susu kambing pada baby, ibunya minum dan beri pada baby dengan menyusu. Sama-sama sihat dan cergas.

3. Mencuci tangan👐🏻

Nature baby baru lahir, ketahanan badan tak sama kuat dengan orang biasa. Baby lebih senang terkena jangkitan kuman berbanding orang dewasa. Kalau mommy, tak sihat macam demam, sis nasihatkan jaga kebersihan diri. Sebelum pegang baby, cuci tangan or pakai sanitizer untuk kebersihan. Untuk ayah yang baru jee habis kerja, jangan terus peluk cium baby tue, kesian baby kene tahan bau ‘masam’ si ayah. Pergi mandi bersihkan diri, baru main dan manja-manja dengan baby.

4. Imunisasi Vaksin💉

Berikan baby imunisasi vaksin (vaccine). Vaksin ini boleh mengelakkan meningitis pada bayi. Kepada parents, jangan takot pada vaksin. Vaksin tidak bahaya seperti dipropagandakan oleh orang anti-vaccine. Jika bahaya, takkan kementerian kesihatan benarkan, walhal mereka lagi arif tentang hal ini. Ini antara list vaccine untuk meningitis.

– Haemophilus influenzae type b (Hib)
– Pneumococcal conjugate vaccine (PCV7)
– Pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV)
– Meningococcal conjugate vaccine (MCV4)

Apa pon, sis sangat2 harap dan berdoa semoga baby-baby readers sis jauh dari penyakit ini.

Author: Sis Aishah 🤗

Lazz careline supporter hq.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments