Lazz Ain Marketing adalah sebuah syarikat perniagaan tenusu yang dihasilkan menggunakan sumber susu kambing asli dari Holland. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 10 Januari 2015 dan ibu pejabat kami terletak di Taman Bandar Senawang, Seremban. Produk utama kami adalah produk tenusu susu kambing.

Susu kambing kami adalah 100% organik terdiri daripada empat jenis perisa iaitu perisa original susu kambing, perisa susu kambing original berserta kurma, perisa susu kambing kopi
berserta kurma, dan perisa susu kambing coklat berserta kurma. Kami mengamalkan larangan terhadap penggunaan organisma yang diubah secara genetic (GMO). Tiada racun perosak kimia dan baja buatan digunakan. Produk kami telah diedarkan di Semenanjung, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.

Kami sentiasa memastikan produk kami berkualiti tinggi dengan melakukan pemeriksaan pada setiap pengeluaran. Syarikat kami tidak akan berkompromi terhadap kualiti
dan keselamatan produk kerana memahami keperluan dan kebimbangan pelanggan. Kami sentiasa membuat pembaharuan untuk mengukukan kedudukan kami sebagai syarikat peneraju tenusu negara.