skip to Main Content
Panduan Lengkap Solid Food Untuk Baby Bermula Usia 6 Bulan – 2 Tahun 🍽

Panduan Lengkap Solid Food Untuk Baby Bermula Usia 6 Bulan – 2 Tahun 🍽

Umur kita makin lama makin meningkat. Dari kecil sehingga dewasa. Kebanyakkan manusia sudah tentu melalui fasa-fasa ini. Begitu juga dengan baby kita. Setiap ibubapa pasti mahu yang terbaik untuk anaknya.

Memberi dan memilih makanan yang terbaik untuk anak memang tugas ibubapa kerana kita inginkan khasiat yang baik untuk tumbesaran mereka.

Masuk je umur 6 bulan, kita dah boleh bagi baby makan. Orang panggil solid food. Ini kerana sistem penghadaman baby sudah boleh menerima makanan. Tetapi harus ingat, kita kena bagi baby makan secara berperingkat kerana tidak mahu bagi perut baby terkejut. Apa-apa pun perlu rujuk pada doktor terlebih dahulu.

Sebaiknya mula dengan makanan ‘ruji’ tanpa perisa (tawar) iaitu bubur nasi kosong. Beras yang terbaik ialah beras perang untuk bagi baby mudah lawas. Seboleh-bolehnya elak beri nestum kerana kita tidak mahu baby jadi picky eater. Nestum dalam kategori instant food jugak. Lagi pun baby baru mahu mengenal makanan.

Sebelum beri baby makan, bubur nasi itu perlu ditapis dahulu kerana mengelak ia daripada berketul. Jika berketul, boleh buat baby sakit sembelit. Bila dah masuk 8 bulan, nasi itu boleh dilenyekkan je. Lepas setahun pula, bagi terus nasi yang lembik.

Selepas bagi solid food, ia adalah normal jika baby jadi sembelit. Jadi kita cepat-cepat bagi anak 4P (Prun, Papaya, Plum, Pear) untuk legakan sembelit. Jangan dibiar. Kebiasaannya najis baby bertukar dari cair ke pekat atas faktor pemakanan dan kematangan usus baby.

4 Days Rule For Food Introduction ? One food at a time and at a space of 4 days apart. It’s mean kita bagi baby makan bubur nasi kosong selama 4 hari untuk serasikan dia dengan makanan. Selepas dah serasi, baru beri makanan yang lain. Tanda baby tidak serasi dengan sesuatu makanan adalah baby kembung, naik merah-merah / ruam, dan sembelit / cirit. Jika ada tanda ini, segeralah berjumpa doktor.

Saya faham baby anda sukar untuk beri makan. Sentiasalah bagi walaupun sedikit tetapi kerap sehingga dia jumpa makanan yang dia gemari. Jangan putus asa ya ibu 💪

Bila pula boleh bagi finger food ? Apabila baby dah usia 10 bulan, boleh start bagi. Ia bagus untuk merangsang baby kenal tekstur makanan tu. Sebaiknya bagi buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk baby 6 bulan, masih lagi dapat susu sebagai sumber utama makanan. Jadi secara tidak langsung baby dah dapat air secukupnya. Air diperlukan untuk ‘bilas’ tekak baby lepas makan. Dalam 2-4 oz sudah mencukupi.

Ia sangat mencabar untuk bagi baby makan kerana makanan selalu terlebih dan tak habis. Jadi si ibulah yang menjadi mangsa untuk habiskan semuanya kerana tidak mahu membazir. Tetapi ibu-ibu sekalian jangan risau. Walaupun sukar fasa ini, nanti hasilnya apabila baby dah besar, tak memilih dan dapat nutrisi baik daripada makanan yang segar.

Segalanya bergantung pada usaha anda 🥰

Back To Top