skip to Main Content
Petua Mencegah Sakit Gastrik (Pedih Perut).

Petua Mencegah Sakit Gastrik (Pedih Perut).

Anda gastrik ? Mesti perkara yang sangat sakit sehingga tidak boleh bangun nak buat kerja kan ? Kadang-kadang sapu minyak angin je sebab nak hilangkan sakit tu.

Gastrik ini bukan penyakit tetapi masalah kesihatan. Jadi anda tidak perlu risau kerana ia boleh diubati.

Punca gastrik ini banyak. Antaranya ialah merokok, pengambilan kafein dan alkohol berlebihan serta kurang tidur atau rehat. Jika lambat atau tidak dirawat, ia akan menyebabkan ulser dan luka dalam perut.

Tanda-tanda gastrik yang mungkin anda tahu atau tidak tahu. Mungkin anda pernah alami tetapi tidak sedar. Tandanya ialah hilang selera makan, kerap kentut selepas makan, sendawa berulang kali, rasa tidak selesa dan kembung, rasa senak, berangin dan pedih, rasa mual atau loya dan muntah serta berat badan turun secara mendadak.

Nak cegah daripada gastrik ? Boleh je ๐Ÿ˜Š Orang kata mencegah atau merawat lebih baik daripada mengubati. Antaranya ialah . . .

  • Makan ikut waktu.

Ini penting kerana perut perlu diisi daripada dibiarkan kosong. Anda harus membuat jadual waktu makan 6 kali sehari tetapi makanan yang anda nak makan mestilah tidak keterlaluan dan berkhasiat mengikut piramid makanan. Harus beringat makanlah dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan berhenti makan sebelum kenyang.

  • Elak makan makanan ringan, jeruk kering atau basah.

Orang Malaysia selalu mengamalkan makanan ringan. Alasannya kerana tidak cukup duit untuk makan makanan yang berkhasiat. Apa tidaknya sesetengah orang guna duit untuk bayar hutang. Apa pun alasannya, elakkanlah diri anda daripada makan makanan yang tidak berkhasiat kerana ia akan menjejaskan keadaan lapisan perut anda akibat kandungan bahan kimia di dalam makanan.

  • Elakkan pengambilan minuman bergas dan beralkohol.

Sudah terang lagi bersuluh yang air bergas dan beralkohol tidak baik untuk kesihatan anda malah untuk perut. Kandungan gula yang tinggi di dalam air berkharbonat boleh mengganggu proses pembekalan darah ke perut sekiranya diambil semasa perut kosong. Akibatnya, ia melambatkan proses pencernaan. Jika anda masih berdegil ingin ambil minuman bergas dan beralkohol, pastikan anda makan apa-apa makanan sebagai alas perut.

  • Elakkan cuka dan makan makanan yang pedas.

Makanan pedas sangat digemari oleh orang Malaysia. Tetapi tahukah anda makan makanan pedas dan bercuka boleh meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut ? Ini kerana mereka bertindak balas dengan lapisan perut anda dan menyebabkan bengkak. Elakkannya jika anda mengalami sakit perut atau perut kosong !

  • Banyakkan minum susu.

Sebenarnya susu yang tidak sesuai untuk perut anda yang sedang sakit adalah susu lembu kerana ia bersifat asid. Jadi susu yang terbaik ialah susu kambing. Susu kambing bersifat alkali malah ia meneutralkan perut anda yang berasid. Tetapi anda tidak digalakkan minum susu sewaktu tengah sakit. Minum susu kambing ketika perut dalam keadaan okay, untuk lapik perut dan menguatkan perut anda.

Banyak kebaikan ada pada susu kambing yang sangat baik untuk perut anda. Susu kambing mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus, lembut serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk baby dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

Jika petua di atas tidak berkesan pada perut anda, segeralah anda bertemu dengan doktor pakar untuk mengelak ia sakit lebih teruk ๐Ÿ˜‰ Tetapi jangan risau. Susu kami sesuai untuk anda yang mengalami sakit gastrik. Ingin dapatkannya ? Anda boleh terus hubungi kami di talian 018-2777290 ๐Ÿ’–

Back To Top